Monday, April 7, 2008

KeNaNgaN TeRiNdAH MiLiK AbADi

Akulah anak perantau..
Bermusafir aku mencari ilmu mengenal diri..
Demi bekalan di hari muka yg belum pasti..
Pimpinlah aku.., pandulah arah tuju ku..
Jangan biarkan ku tersesat di alam yg nyata..
Demi cita dan impian..
Ku lewati negeri asing ini dengan berbekal ikatan bernama tali persahabatan..
Sambutlah salamku dengan hati yg terbuka..
Penuh keikhlasan tanpa prasangka..
Aku hanyalah manusia biasa..
Mampu merancang namun tuhan yg tentukan segala..
Di sini ku temui pelbagai watak dan ragam penghuni..
Penuh pantun seloka, gurindam jiwa, madah berkias dan jenaka hiburan mencuit hati..
Tidak terkecuali info menarik sajian diri..
Ku intai satu persatu dalam setiap persinggahan..
Kadang ku bermuhasabah diri..
Kadang ku tersenyum sendiri..
Terkadang terburai tawaku melupakan segala keperitan diri..
Ku bukukan segalanya dalam kotak memori..
Menjadi kenangan terindah milikku nan abadi..