Tuesday, August 14, 2007

Kenangan bersama kawan lama



Seperti biasa,bila sahaja hari ahad kalau tak pergi rumah kawan mesti duduk seorang2 di rumah,aktiviti pertama yang aku lakukan bila bangun dari tidur..aku mesti duduk ditepi pintu belakang melihat alam semula jadi ciptaan tuhan.....sambil mengalamun...berangan,tapi hari tu lamaunan aku tiba2 terhenti bila aku terdengar bunyi bising seperti suara kanak2 yang ramai...aku cuba memanjangkan leher dan menjenguk apa yang berlaku sebenarnya di bawah sana...ingatkan apa..rupa - rupanya sekumpulan kanak2 perempuan sedang bermain masak2...aku tersenyum melihat gelagat mereka....secara spontan mengingatkan aku 18 tahun yang lalu,mengingatkan aku pada kawan lama ku (carry).Aku dengan carry berkawan sejak kecil lagi,kami membesar di kampung yg sama,sekolah yang sama,kawan berlari-lari di tengah sawah...antara aku dengan carry ada banyak kenangan yang kami cipta,mahupun manis atau pun pahit,antara kami tak ada rahsia...kalau ada pun mungkin untuk simpanan di hari tua he........Aku masih ingat lgi pada zaman kanak2 kami,bila sahaja kami bersama,kami rasa dunia ini seakan milik kami,bila kami lucu...kami akan ketawa sepuas hati kami,tanpa menghiraukan orang lain,kami selalu main masak2 meniru gaya chif wan he he...tukang masak proffesional malaysia ha....jangan main2..jambu air pun kita orang masak...setiap petang dan waktu cuti sekolah ada sahaja aktiviti kami,ibubapa kami tidak pernah menghalang aktiviti kami.....masa tu memang bermaharajalela....gila kuasa pun ada he he...tidak lah....sebab mereka sudah tahu lokasi kami dimana...kalau tidak ada di pokok jambu,pokok mangga,pokok rambutan ,pokok limau ...........ha mesti di tepi telaga.dulu carry adalah harapan aku,bila aku mahu makan buah,cakap je apa aku mahu makan ,mesti dia akan panjat tuk aku....heroin lah katakan.
dulu bila sehari tak jumpa carry,atau aku tidak bertemu dengan aku,senang sahaja nak kesan di mana kami berada,kami ada syarat sendiri he he...........pelik kan tapi inilah kisah benarnya...aku selalu berdoa yang aku dengan carry akan tetap bersama,zaman kanak2 betul2 indah waktunya..kalau boleh di putar semula pada waktu itu aku mahu terus berada di zaman itu.
Namun semua keadaan telah berubah,bila kami meningkat remaja,kami di pisahkan oleh jarak dan waktu yang berbeza...,carry pergi ke semanajung,mengikuti kakaknya.dan saat itu,satu hal yang perlu aku tahu..terpaksa aku terima bahawa pada akhirnya,suatu hari nanti setiap orang akan memilih jalan hidupnya sendiri ,tak ada sesiapa yang akan berada disisi kita setiap saat,seperti bayang2 kita...aku cuba terima hakikat dan tk pernah salah kan carry.....
walaupun masa itu carry jauh dari pandangan ku,namun kenangan bersama kawan lama tak pernah luput dalam ingatan ku.....malah aku berjanji akan mencari carry suatu hari nanti...
Aku selalu percaya yang tuhan masih sayang dengan persahabatan kami,dimana suatu hari aku bertemu dengan kakak carry di satu pesta kaamatan,masa itu aku mengambil kesempatan tuk mendapatkan nombor telefon carry.dan keesokan hari nya aku terus menelefon carry..pada mulanya aku malu takut carry tak kenal pulak.....tapi jangkaan aku salah,carry tetap carry yang dulu,seperti yang aku kenal...sejak hari itu aku bertekad akan mencari carry suatu hari...aku pasti cuma tak tau bila dan dimana....
Pada tahun 2004 aku mengikuti khrusus pelancongan di semanajung dan setelah tamat khrusus tersebut aku mendapat tawaran berkerja di sebuah syarikat Airlines berhampiran dengan Jagung berkembar yang terbesar di malaysia....
Mungkin ini lah yang dikatakan persahabatan abadi....sejak aku berkerja di semanajung ini aku kini selalu bertemu dengan carry...yang selama ini terpisah selama bertahun,aku rasa seakan-akan berada di zaman 18 tahun yang lalu...cuma bezanya kini kami sudah dewasa,ada tanggungjawab dan komitmen dalam hidup...tapi walaupun begitu kami masih berkesempatan untuk gelak ketawa..,kalau dulu kami berkongsi buah..sekarang berkongsi masalah,dulu kami berlari lari di sawah padi kini mencari kehidupan yang lebih baik...he..
carry ..kenangan kita ini tak akan luput sampai bila bila...dan hingga akhir hayat kita tetap kawankan......
sakarang kami mula buka buku yang lama tersimpan dalam peti...dan sambung story yang pending.......he he.........


Sumandak negeri di bawah bayu
Emma's