Friday, November 9, 2007

Betapa Agung dan suci nya kasih sayang ibu


semalam saya balik awal...jam 6 petang saya sudah sampai di rumah,bila sudah membiasakan diri balik lambat, rasa boring itu sering menguasai diri bila berada di rumah,jika di bandingkan di tempat kerja..ada juga benda yang di buat,teman saya yang tengah sibuk membaca buku tiba2 bertanya kan pada saya .....

Teman : kamu mau dengar ceritakah?

saya : cerita apa?

Teman : kisah seekor monyet dengan anak...cerita ni sedih tau....

Saya : Ha ha ha ha! (saya gelak terbahak - bahak) dalam fikiran saya,mana mungkin binatang yang menjadi pelawak ini boleh menyedihkan atau menyayat hati manusia,

Teman : Dengarlah dulu...ini kisah benar dan berlaku di depan mata saya sendiri.

Saya : ok..ok ceritalah saya akan dengar.

Teman : Dengar ya...


" Saya masih ingat lagi pada ketika itu, usia saya masih di awal 20 -an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah.Saya bukanlah minat memburu,tapi daripada bosan terperap di rumah,saya terima ajakkan bapa saudara saya tadi.

Beberapa jam memburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami.pelanduk,napuh, rusa,ayam,hutan dan burung yang selalu berlegar dihutan itu, seolah - olah bersembunyi jauh dari kami.Hutan itu sepi, Saya bertambah rimas,pak cik pula saya lihat mula kecewa.Hari kian beranjak petang,pakcik menepuk - nepuk senapang Relanya.

Kata pakcik " kita balik ajalah,hari ni tak ada apa - apa.Mungkin esok ada habuan.

Kami berjalan pulang,tapi selang dua tiga puluh langkah,kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok - pokok besar di hadapan kami.Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah - buah hutan.Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman.Senyuman yang saya faham benar maksudnya.Adakah pakcik hendak menembak monyet - monyet itu?

" Haa..pakcik nak tembak ibunya,lepas itu pakcik nak ambil anaknya.nanti boleh bela" begitu jawapan pakcik.

Masih saya ingat juga,saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu,tapi gagal.Saya gagal mengendurkan niatnya.Tidak akan saya lupa kata-kata pakcik petang itu"daripada balik tangan kosong ?"lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan....DAMM!

Bunyi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet - monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenan.BUUUPPP! Ada satu benda yang jatuh ke tanah.Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami.Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan,ia tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merungus -rengus memanggil anaknya dengan lemah.Ia cuba bangun dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar -akar pokok untuk mendekati anaknya.Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula.Di gagahi lagi sambil berguling - guling ke arah anaknya,Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.Masih terbayang jelas di ingatan saya,bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas - puas, kemudian di cium berkali-kali,Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.Saya dan pakcik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang - ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.

Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama -lamanya.Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi,tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir,Sepuas - puasnya,kerana selepas ini ibu akan pergi, ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan,menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan ,juga melindungimu bila kau kepanasan.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami.Tangannya memeluk erat si anak seolah - olah enggan melepaskannya,biarlah ia mati bersama - sama anaknya,Matanya saya lihat i genangi air,masih tidak lepas dari memandang kami dengan pandangan sayu,mungkin ia ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.


Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak?salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan tuhan ini?


Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih dipelukkannya,Beberapa detik kemudian,dengan tenaga yang masih berbaki,kami lihat si ibu mencium anaknya untuk sekian kalinya.Perlahan - lahan tubuhnya terkulai di tanah,bisa penabur dari muncung senapang pakcik tadi tidak dapat ditanggung lagi.Si anak menjerit - jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ.tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi.Puas menjerit ,Si anak tadi menyusu semula, perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pakcik, dia beberapa kali menggetap bibir.Cuba menahan airmatanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit - jerit dan engan berpisah dengan ibunya yang telah mati.akhirnya air mata kami tumpah jugak.saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.Suasana sunyi kembali,Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit - jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri,Begitu juga pak cik.Pada ketika itu saya dapat rasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa.Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh,tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,rasa sayang kepada ibu.Tapi kita manusia?


Mana hilangnya akal waras kami?


Selang dua minggu kemudian,anak monyet tadi mengikut jejak ibunya ,pakcik memberitahu saya,anak monyet itu tidak mahu makan,asyik menjerit - jerit saja,mungkin ia rindu dengan ibunya.Apabila malam,Keadaannya bertambah teru,dan akhirnya mati.


Saya : Pakcik kamu memang kejam..saya benci dengan pak cik kamu....bengong!


Sebenarnya saya sedih dan kasihan dengan monyet tersebut,kalau kita manusia pun,kalau orang yang kita sayangi dibunuh,kita mesti berdendam..apa kan lgi si anak monyet itu?saya dapat bayangkan bagai mana si ibu dan si anak monyet ini saling mengasihi....

Bila kamu sudah membaca cerita ini tapi tidak merasa sedih sedikit pun...baca banyak kali dan kalau tak sedih jugak...cepat -cepatlah berjumpa dengan doctor,mungkin kamu ada penyakit mati deria perasaan.

Sunday, November 4, 2007

Bila

Bila, mentari tlah merebahkan sinarnya
Rasa sepi menikam diri
Selalu ada bayanganmu menggoda
Oh….. menari dalam hati

Sejak kau jauh dari ku, kenangan yang lalu
Bila, sekejap saja ku mohonkan

Pada malam dan rembulan
Agar kini daku hadir di sisimu

Oh….. seperti saat dulu
Kaulah impian asmaraku, kau angan-angan ku
Haruskah,….haruskah oh…kasih

Kucumbu bayangan dirimuOh,….akankah, akankah ku jumpa
Dengan mu, Oh rinduku

Emma's