Monday, December 3, 2007

AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS


Enang......
Terima Kasih Tuhan kerana keberadaannya
Terima kasih kerna kasih sayangnya

Dia selalu ada untuk menyapaku
Selalu ada untuk memberi semangat padaku
Bahkan dia selalu ada untuk menegurku..

Terima kasih Tuhan
Untuk anugerah yang sangat indah ini

Terima kasih enang...
Kerana kau selalu menolong aku..
Untuk tetap memiliki harapan saat orang lain berkata " tidak mungkin"
Terima Kasih enang...
kerana kau mahu berbagi bebanmu denganku

Terima Kasih enang..Tersayang..
Terima Kasih Tuhan untuk anugerah yang sangat Indah ini...



Enang andainya kau terbaca ruangan blog ini...aku berharap kau sudi membaca setiap barisan kata -kata ku ini...kerna apa yang tersurat diruangan ini,itulah yang tersirat dihati ku ,hari ini aku mahu kau tahu

apa yang terpendam di hati ku...yang tidak mampu aku lafazkan melalui bibir ku .

enang...

Aku tau aku bukan lah orang yang kau perlukan setiap waktu dan saat dalam hidup mu tapi satu hal yang aku tau aku sangat penting dalam hidup mu,meskipun aku jauh dan tiada dalam pandangan mata mu.telefon talian celcom selalu menjadi di perantaran kita untuk berbicara dan ketawa bersama,walaupun remeh temeh kau selalu menelefon ku untuk meberi tahu aku....hinggakan kadang kala aku merasakan diri ini menjadi diari dan kau adalah pen.... setahun yang lalu bila kau mengambil keputusan untuk menjadi isteri orang aku sangat sedih aku takut keakraban yang kita bena selama ini akan terlerai hancur berkecai begitu saja dan aku takut orang yang merampas kau dari diri ini akan mempersiakan diri mu kelak..aku sangat takut untuk menghadapi saat itu,namun aku cuba untuk menjauhkan perasaan itu jauh dari hidupku dan aku percaya dan berpegang dengan satu pepatah " Air di cincang tak akan putus"malah selepas kau bergelar isteri pun kita tetap serapat yg dulu..dan tak ada yang berubah...kau tetap menyayangi aku dan kau tetap manja seperti dulu dan seolah - olah kehadiran suami mu seperti tidak pernah wujud dalam hidupmu....Namun hari ini semua itu tidak ada lagi,aku tidak tahu apa salah dan silap ku hinggakan kau tidak lagi menelefon aku dan bila aku menelefon kau,kau seolah olah bersikap digin terhadap aku...tau kah kau betapa sedih nya hati ini...kau buat begitu,kalau ia pun kau akan bercakap dengan ku ..aku dapat rasakan itu semua sikap hipokrit mu,Aku tau kau masih merajuk dengan aku tentang hari itu...kau masih menyimpan di hati mu tentang teguran ku itu,enang setiap kata2 ku itu tidak pernah bermaksud untuk membelakangi perasaan mu dan tidak bermaksud untuk menyokong sesiapa..aku berkata seperti itu kerana aku menyayangimu dan kata - kata ku itu tulus dan ikhlas yang sangat mengasihi mu...Aku bersumpah,tidak pernah sekali - kali untuk menyalahkan kau,tapi aku mau kau tahu aku sayang kau dan aku tidak mahu melihat kemusnahan mahligai yang susah payah kau bina hancur ..hanya kerana keegoan kita,satu yang perlu kau ingat " Kau membuat keputusan untuk menjadi milik orang,bermakna kau sanggup sehidup semati dengan orang itu,dan perkhawinan bukan untuk sehari dua tapi untuk selama -lamanya,bercanggah fikiran boleh mencipta sebuah perpisahan, dan keikhlasan dan keserasian boleh membawa perhubungan yg lebih kekal.

Enang...Jangan sesekali menyesali apa yang berlaku dalam hidup mu...dan apa yang kau lalui ... kerna tuhan menciptakan kita menjadi manusia biasa untuk menghadapi semua pahit manis dalam hidup ini...agar kita sentiasa bersandar kepada dia....walau apa pun keadaan kita dia tidak akan tinggal kan kita.

Enang...

Maafkan aku andai ada kata ku yang menyinggung perasan mu atau ada yang membuat kau tidak gembira...aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki....tulus dari hati ini aku tidak pernah mengiakan orang lain dan menidakkan kata mu...dalam hal itu.

Enang ....

Aku rindu panggilan telefon mu setiap hari itu..

Aku rindu gelak ketawa mu itu...

Aku rindu...cerita lucu dari mu itu...

Aku rindu kecerewetan mu itu...

Aku rindu sikap kebudak - budakan mu itu

Aku rindu luahan hati mu itu..

Aku rindu perkongsian mu itu...

Aku rindu panggilan nama manja ku itu (Onsil)...seudah lama aku tidak mendengar dari mulut mu

Aku rindu...aku rindu semuanya....

Aku selalu berdoa...bila lagi aku merasakan saat indah itu.


Jika kau tahu ...panggilan mu buat aku gembira

Jika kau tahu gelak tawamu buat aku bahagia

Jika kau tahu...semua yang ku rindu itu kuperlukan dalam hidupku

Aku tidak pernah berasa terbeban...dengan kecerewatan mu

Aku tidak pernah penat dengan sikap kebudak - budakan mu

Aku tidak pernah rasa jemu dengan luahanmu

Sumpah ku katakan aku

ikhlas dan bersyukur kerna tuhan memberikan aku hubungan yang sangat istimewa dengan mu..


Jangan lah kau merampas semua itu hanya kerana keegoanmu..


Sehingga semalam bila mendapat panggilan telefon dari mu ...membuat kan aku sedar, bahawa aku sebenarnya yang silap,aku silap menilai sikap mu,kerana aku lupa sesuatu tentang diri mu..."jika kau marah dan merajuk,kau hanya mampu bertahan hanya untuk beberapa hari..."dan panggilan semalam adalah panggilan kau untuk melepaskan rindu walau pun kau tidak mengatakan dari bibir mu tapi aku tau..dari gelak mu itu membuktikan kau sangat merindui ku,megejek aku itu bermakna kau menyayangi aku...maaf kan aku enang, kerna alpa dengan pepatah itu"Air di cincang tak akan putus"begitu juga hubungan adik - beradik ini,sejauh mana kita bergaduh atau bertengkar tak akan kemana...walau kata untuk berpisah tapi ikatan darah tak pernah putus kan?ketahuilah adik mu ini selalu menyayangi mu dan ku akui kau lah kakak yang sangat ku sayang dan memahami ku.dan selalu membantu aku...Thanks for everything!


P/S - Dia...(Pencipta kita)selalu menuntut kita untuk saling menyayangi sesama manusia kan?