Friday, August 24, 2007

Kita tak pernah tahu

Bila dan masa kita akan pergi dari dunia ini...tidak ada siapa yang pernah tahu,tuhan akan mengambil nyawa kita bukan seperti cahaya yang terang,dimana semua orang boleh melihatnya,tetapi tuhan datang seperti pencuri,dimana seorang pun tidak akan tahu..hanya bila sesorang itu tidak lagi bernyawa dan masa itu semua orang tahu yang tuhan sudah memanggilnya lebih dulu.........begitulah yang berlaku dengan kakak sepupu saya,dua hari yang lepas,dia telah meninggalkan seorang suami dan lima orang anak,mahu pun dia bersedia atau pun tidak untuk meninggal kan orang yang dia sayangi dia terpaksa pergi jugak,masih jelas kedengaran di cuping telinga saya tangisan anak2nya,sewaktu menelefon untuk megucapkan takziah...tangisan itu betul2 membuat hati saya tersentuh,secara spontan mengingatkan saya 7 tahun yang lalu,sewaktu ayah meninggalkan seorang balu dan 12 orang anaknya,oleh itu saya dapat rasakan tangisan itu,tangisan seorang anak yg belum puas dengan kasih sayang seorang ibu,masih dahaga kan gelak ketawa serang ibu,masih haus dengan pelukan seorang ibu,baru beberapa jam yang lalu melihat ibu mereka tersenyum dan berbual mesra dengan mereka,dan selepas itu mendapat berita ibu mereka sudah pergi untuk selama - lamanya...sangat menyedihkan tapi ini lah hakikatnya...dan setiap insan akan pasti melalui semua ini,pesan saya pada pembaca blog ini,kita tak pernah tahu,bila kita akan pergi dari dunia ini,dan bila orang yang kita sayangi akan meninggalkan kita,cuma satu yang perlu kita buat,hargailah setiap detik yang kita lalui,setiap waktu hidup kita di dunia ini,supaya walaupun hari ini,esok atau lusa tuhan akan datang mengambil nyawa kita...kita tak ada penyesalan dan redha dengan pemergian kita atau orang lain yang kita sayangi...kerna kita tak akan pernah tahu...namun bila kita berpisah di dunia ini percayalah ianya hanya sementara saja..pasti kita akan bertemu kembali kan .......?
apapun enjoy your life........
Sumandak Negeri dibawah bayu
Emma's

Monday, August 20, 2007

Merdeka kah kita?

Hai..pembaca blogs

pejam celik - pejam celik tak sedar kita sudah merdeka ke 50 tahun kan?dan saya turut bersyukur kerna sudah 23 tahun tumpang merdeka di negara ini..he.selama saya membesar di negara ini,saya akui kita memang sudah bebas dari jajahan,dan kita mesti rasa bangga hidup di dalam negara yang aman damai dan ada demokrasi,memiliki kemajuan yang setanding dengan negara lain...memang patut untuk di bangga kan,

Namun bila kita berdiam dan berfikir sejenak,secara jujur kita teliti erti kemerdekaan kita..adakah kita sudah merdeka?benar kata doktor M...."Melayu mudah lupa!rakyat malaysia mudah lupa!kita lupa didalam kita meraih kemerdekan sebenarnya kita selalu lupa menilai erti kemerdekaan kita,setiap tahun kita meraihkan kemerdekaan kerna kita mahu mengingati hari itu,yang kita telah bebas dari jajahan dan untuk mengingati pejuang tanah air kita yang berkorban untuk kita merdeka seperti yang kita miliki hari ini.

Apa lah ertinya kita menyambut kemerdekaan sekiranya jiwa kita masih tidak merdeka lagi..setiap tahun menyambut kemerdekaan,tetapi masih ada tangisan bayi ditepi longkang,mayat bayi di dalam tong sampah,orang tua yang merempat,ibubapa diperlaku seperti orang gaji,anak2 kecil yg tidak ada keluarga merempat dan mengemis di tepi jalan..merompak,membunuh dan dan dan.....ini kah merdeka?merdeka kah jiwa kita!dan merdeka kah kita! ai...banyak lgi sia mau ckp ba ni tapi ....nanti lah tidak mau kasih abis skarang.

bangun dan buka fikiran kita ...sesungguhnya kita mampu mengubahnya.
macam mana ada peluang menang forum kah kalau ada pertandingan untuk kemerdekaan punya..........he he he.

Selamat merdeka!

Emma's

SIOU NO KOUPUSAN

Koupusan ku
Rongoho poh daa
Iti sindingku
Okon Ko poporuol oku
Ino ginawo nu
Ngah popolombus oku
Iti suang ginawo ku
Id kumaa dika
Koupusaaaan…

Mulong no kopitongkiad kito nooh
Awu oku insan do popoling dika
Sundung awu kito …nokopisanganu
Kakal oku po do poingupus dika………

C/o Siou no koupusan
Okon koh tomodon ku
Iti ginawo ku do mupus dika
Ngah ika no daa
Iti suang ginawo ku
Mantad di gulu om baino
Au milo tumalup
Gisom segigisom

Nung karati ko da koupusan
Nunu iti suang ginawo ku
Ailan ku do insan tadau
Kopiso kito..
Ukon ko id koposion
Ngah id kapataion…..

Ulang c/o

Siou no koupusan...

okon ko tomodon ku iti ginawoku.....
ngah ika no da..
iti suang ginawo ku
mantad di gulu om baino

gisom segigisom

emmmmm.........ah....ha...

kalu mau tau ini lagu ciptaan saya sendiri,cuba-cuba saja ba ni,mana tau ada yang sudi menyanyikan lagu ni suatu hari nanti.


Sumandak Negeri Di bawah bayu
Emma's

Sunday, August 19, 2007

Airmata Ibu

sekuat ingatan saya...kali terakhir saya melihat ibu saya menangis,sewaktu ayah meninggal dunia,dan selepas tu saya tidak pernah melihat dia menangis lagi,sahinggalah pada tahun lalu May 2006,hari yang bersejarah buat setiap insan yang bergelar ibu di dunia ini iaitu ''Selamat Hari Ibu"
Bulan May tahun lepas saya dengan kakak (enang) memang membuat perancangan untuk menyambut hari ibu untuk ibu pada tahun lalu,rancangan itu hanya saya,kakak, abang (Janiso) dan kak ipar sahaja yang tahu,kami bertekad untuk melaksanakan apa yang sudah dirancang mesti menjadi,biar pun secara sederhana.
pagi itu saya memberi tahu ibu,saya mahu menjemput semua satu keluarga untuk makan malam dan mahu pergi ke pekan untuk beli barang sedikit untuk di masak petang nanti.selepas itu saya dengan kakak pergi pekan dan membeli semua keperluan untuk di masak dan abang Janiso pergi tempah kek....selepas membeli semua barang2,saya dengan kakak balik rumah,setiba sahaja kami dihalaman rumah,kakak ipar dan kakak2 yang lain sudah datang dan bersiap untuk memasak....anak2 buah saya berlarian menyambut kedatangan kami...apa lagi nak ole-ole lah.saya melihat ibu sedang sibuk memasak air di dalam dapur,saya berbisik kepada kakak enang...."mama mesti terkejutkan,sebenarnya parti ini tuk dia"kakak enang kata "tunggu dan lihat saja"
Jam dinding menunjukkan jam 7 mlm...masa tuk makan,dan saya lihat semua adik beradik datang dan jiran2 pun da datang,saya berbisik pada ibu "
Saya : eyai(ibu)..pergi tukar pakaian"pakai baju yg cantik,kjap lagi nak ambil gambar"
Mama: buat apa?tak payahlah,mcm ni ok,tk ada siapa yg datang pun"sambil tersenyum....
saya: hari ini kan parti tuk eyai mesti pakai yang cantik..nak ambil gambar mcmana klu pakai baju ni....
eyai: parti tuk saya ...untuk apa
saya: ari ni kan "HARI IBU"cepatlah tukar...

ibu terus masuk di dalam bilik,namun saya hairan kenapa ibu tukar baju mengmbil masa yang lama..saya masuk kedalam bilik dan melihat apa yg ibu buat,namun saya terkejut melihat ibu belum tukar baju dan duduk mencengkung di tepi dinding,saya datang dan menghampiri ibu,dia terkejut dengan kedatangan saya...lalu dengan pantas mengesat airmata yang bercucucuran di pipinya...

saya: eyai napa?

dengan suara yang perlahan,ibu menjawab

Eyai: saya terharu,selama 48 tahun saya bergelar sebagai seorang ibu,saya tidak pernah terfikir yang akan melalui seperti ini.
saya: eyai,tiada harta dan kemewahan yang dapat kami berikan pada eyai,tapi kami mahu eyai selalu tahu..kami sayang eyai selalu dan selamanya.
oleh kerna saya tak mahu menitiskan airmata malam itu saya terus membuat lawak...
saya: eyai tk cantik lah bila menangis..mulut jadi mcm ning baizura.....cepatlah semua orang tunggu ni.....

ibu tersenyum dan terus mengeluarkan baju kebayanya dari almari.
keluar sahaja ibu dari bilik...kami terus menyanyikan lagu happy birthday ....selepas itu anak buah saya menghampiri ibu dan memberi hadiah yang kami beli pagi tadi.
saya melihat kegembiraan di wajah ibu tidak terkira...selam ini saya tidak pernah melihat ibu menitiskan airmata kerana terharu dan gembira.....namun mungkin ini lah saat yang cukup bermakna untuk ibu dan semua insan yang bergelar ibu di dunia.
kalau lah angin itu pandai berkata kata ingin sekali saya memesan salam pada ibu....bahawa saya selalu sayang ibu dan tak pernah sekali melupakan dia.
saya mahu ibu selalu tahu...yang saya rindu ibu setiap hari
hanya tuhan saja yang tahu...........
lagu ini tuk ibu..........

Kaulah segalanya untukku
kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap hanya kau seorang.............

ibu...ibu
engkau lah ratu hati ku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu
ibu...ibu
engkaulah ratu hati ku


emma's