Monday, March 3, 2008

Pilih dengan tepat!!!!!

Umum sudah benar maklum, demam pilihanraya ke-12 sudah merakyat kini dan tanggal 8 Mac, baru kita tahu siapa empunya KERUSI itu! Semua calon yang bertanding ada kelebihannya, tapi saya lebih percaya kepada kelebihan dan kuasa rakyat yang mengundi. Jika kebenaran telah nyata, sudah tentu calon yang dipilih rakyat pasti menang, jika sebaliknya maka pelbagai tohmahan dan cerita akan timbul.Contohnya, si Anu kalah pasal ada jari hantu yang turut memangkah...Benarkah ada hantu pada waktu siang hari? Apa selamat mengundi. Kuasa ada di tangan kita semua. Apakah mungkin selepas ini nasib golongan kita masih dilindungi,seperti kerajaan sebelumnya.

"Kita sudah berada di landasan yang betul,sama- samalah kita maju kehadapan"

"Kita banyak hidup dalam kenangan.Orang kita suka menyesal kemudian,selepas itu jadilah seperti peribahasa kita,"Sesal dahulu pendapatan; sesal kemudian tidak berguna"

Jangan ambil risiko dengan kerajaan yang baru ...yang hanya bersatu ketika di plihan raya sahaja.."cakap tak serupa bikin"

Kita semua kena ingat pemimpin yang kita pilih itu..mestilah yang mengerti akan
Airmata dan peluh rakyat....susah dan derita rakyat,mengerti hati dan suara rakyat,bukan sekadar masuk keluar kampung,mencari pengundi dipilihan raya,selepas itu hilang dan 5 tahun akan datang baru kita lihat pemimpin itu.....melakukan hal yang sama,

wahai rakyat jelata ...yang hidup di malaysia,sekiranya kerajaan yang sebelum ini ada melakukan kesilapan...dan kepuasan hati belum terubat lagi,sedarlah...bahwa kerajaan itulah yang menaungi kita selama ini dan kerajaan ini sudah berpengalaman untuk menengani negara kita,jika dibandingkan ada kerajaan yang baru bermula dan mengambil masa ..entah berapa lama untuk ...menjadikan negara kita yg lebih baik dari sebelum ini

Pangkalah dengan mengunakan fikiran
Tandalah dengan mengikut hati sendiri dan renungkan untuk masa depan yang cerah.

P/S - Malaysia perlukan pemimpin yang bijak...agar rakyat mendapat hak.