Sunday, September 6, 2009
Andainya boleh ku ulang waktu itu...
Bila hidup ini terikat dengan masa,Ketika hidup ini di bebani masalah, Bila hidup ini rasa kesepian, Bila hidup ini dihantui dengan karenah manusia,Bila hidup ini diselubungi kesakitan dan keperitan...Bila hidup ini dikhianati,Bila hidup ini di persendahkan,bila hidup ini mula di persoalkan..bila hidup ini dipermainkan,Ingin rasanyaku putar waktu kembali ke zaman kanak-kanak. Kukatakan zaman kanak-kanak kerana zaman ini datang sekali sahaja dalam hidup. Seperti kata Harun Yahya dalam bukunya berjudul, "The Circle of Life." Zaman kanak-kanak merupakan zaman paling indah dalam hidup seseorang. Zaman untuk bermain sepanjang hari. Zaman yang tidak perlu patuh pada jadual, apatah lagi zaman tidak ada bebanan tanggungjawab.Zaman yang hanya tahu,bermain,lapar,kenyang,pergi sekolah,tidur dan berseronok.... Kulayari diri mengembara ke zaman kanak-kanakku. Aku mahu lari seketika dari tanggungjawab yang membebaniku. Hanya seketika saja...Ini janjiku. Namun ingin kurayu pada siapa?siapa yang akan beri aku waktu itu...?TIDAK ADA!
Sekarang aku hanya mampu mara kehadapan, Tanpa menoleh kebelakang lagi...walaupun kekadang tercuri untuk pandang kebelakang mengingati memori semalam...Namun tidak berupaya melupakannya...Aku akur bawa hidup ini sesuatu yang dituntut...Walaupun payah,Meskipun susah..Harus ditempuhi jua...Walaupun kecundang harus berdiri dan terus berjalan hingga ke distenasi itu...Dan redha saja dimana kita akan berhenti berjalan..itu urusan dia yang menaungi hidup kita
P/S-Teman,andai kata suatu hari nanti,Dunia ini menjijikkan, Dunia ini sangat kotor,Tapi kita harus ingat..bahawa kita antara yang sangat bertuah kerna berpeluang melihat dunia yang disebalik kokotoran itu masih ada terselit kecantikan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment