Friday, September 14, 2007

Kau Tetap Berada Di hati ini..........

Teman,
Bila ku bertemu denganmu setelah sekian lama,hatiku tetap berdegup pantas seperti dahulu kala,rindu yang telah lama ku pendam kembali menyala pabila ku melihat senyuman mu,aku kian kembali sedar, bahwa perasaan halus itu masih wujud dihati ini.

Teman,
Dimana kau berada,aku tak pernah lupakan mu,dulu kau dan aku sukar untuk dipisahkan,mahu pun untuk seketika waktu,dan masa itu lah saat yang sungguh membahagiakan aku,namun sedalam mana jua sayang ku terhadapmu kau mungkin tak tau kerana dimata mu,aku cuma kekasih lama mu.......

Teman,
Hati ini turut menangis setiap kali ku tahu kau sedih,resah bila kau dalam kesukaran dan turut gembira bila kau dalam bahagia,tapi hati ini kian terguris bila memikirkan cinta kita yang dulu tak kesempaian,

Teman,
Aku tau kau terperangkap oleh keadaan dan terpaksa meninggalkan ku...ketika itu,jangan bimbang betapa pahit dan perit aku merasa,aku tak akan merampas dirimu dari dia ...insan yang kini memilikimu.

Teman,
Jikalau kau untuk ku,kau akan menjadi milik ku dengan hati yang berbalas,hidup bersama tak boleh dipaksa,jika kau bahagia aku juga begitu,namun satu yang aku mahu kau tahu........meskipun kau dan aku sudah dimiliki... kau tetap berada di hati ku ini.


Sumandak Negeri di bawa bayu
Emma's

Tuesday, September 11, 2007

hanya untukmu ......Ayah

Ayah... kau adalah insan dianatara org yg ku sayang. Kau sungguh istimewa. Mungkin, tak siapa yang faham betapa aku menyayangi dan merindui dirimu. Setelah kau pergi... terasa sungguh kekosongan di hati ini. Tak dapat kunafikan... kau amat istimewa buat diriku. Setiap kelakuanmu... memang sentiasa dalam ingatanku. Jasamu tak dapat kulupakan. Kadang-kala, aku rasa seperti kehilangan yang teramat sangat tanpamu di sisiku.

Aku rindu akan dirimu wahai Ayah. Aku sering teringatkan dirimu, setiap kali aku menatap potretmu. Dengarlah wahai Ayah... aku sanjung budi dan jasamu selama kau membimbing aku. Betapa aku masih ingat lagi... ketika kau sakit dahulu. Hiba sungguh rasa hatiku bila terkenangkan saat-saat bila bersamamu. Masih ku ingat setiap detik dan saat yang berlalu. Betapa kau seperti anak kecil... yang sering perlukan aku dan Mak di sampingmu.

Ketahuilah wahai Ayah... aku menyesal mensia-siakan masa sewaktu ayah masih hidup. Walaupun aku tahu itu sudah suratan, aku masih menyalahkan diriku kerana tidak menghargai masa bersama sebelum pemergianmu. Alangkah ruginya aku kerana tak dapat berjasa kepadamu hingga ke akhir hayatmu. Aku sering rindu akan gurauan mu. Ingin ku bermanja denganmu seperti dulu. Tapi apakan daya... Tuhan lebih menyayangi dirimu.

Belum pun sempat aku menamatkan pelajaranku di tingkatan 5... kau pergi meninggalkan aku. Ingin sekali ku membalas jasamu dengan titik peluhku sendiri. Memang itu azamku. Bila terkenang kan dirimu...semangatku semakin kental untuk meringankan bebanmu.

Termenung sendirian mengenangkan dirimu ayah. Maafkanlah diri ini... wahai Ayah!!! Aku sayang dirimu, Ayah...


Emma's