Bulan May tahun lepas saya dengan kakak (enang) memang membuat perancangan untuk menyambut hari ibu untuk ibu pada tahun lalu,rancangan itu hanya saya,kakak, abang (Janiso) dan kak ipar sahaja yang tahu,kami bertekad untuk melaksanakan apa yang sudah dirancang mesti menjadi,biar pun secara sederhana.
pagi itu saya memberi tahu ibu,saya mahu menjemput semua satu keluarga untuk makan malam dan mahu pergi ke pekan untuk beli barang sedikit untuk di masak petang nanti.selepas itu saya dengan kakak pergi pekan dan membeli semua keperluan untuk di masak dan abang Janiso pergi tempah kek....selepas membeli semua barang2,saya dengan kakak balik rumah,setiba sahaja kami dihalaman rumah,kakak ipar dan kakak2 yang lain sudah datang dan bersiap untuk memasak....anak2 buah saya berlarian menyambut kedatangan kami...apa lagi nak ole-ole lah.saya melihat ibu sedang sibuk memasak air di dalam dapur,saya berbisik kepada kakak enang...."mama mesti terkejutkan,sebenarnya parti ini tuk dia"kakak enang kata "tunggu dan lihat saja"
Jam dinding menunjukkan jam 7 mlm...masa tuk makan,dan saya lihat semua adik beradik datang dan jiran2 pun da datang,saya berbisik pada ibu "
Saya : eyai(ibu)..pergi tukar pakaian"pakai baju yg cantik,kjap lagi nak ambil gambar"
Mama: buat apa?tak payahlah,mcm ni ok,tk ada siapa yg datang pun"sambil tersenyum....
saya: hari ini kan parti tuk eyai mesti pakai yang cantik..nak ambil gambar mcmana klu pakai baju ni....
eyai: parti tuk saya ...untuk apa
ibu terus masuk di dalam bilik,namun saya hairan kenapa ibu tukar baju mengmbil masa yang lama..saya masuk kedalam bilik dan melihat apa yg ibu buat,namun saya terkejut melihat ibu belum tukar baju dan duduk mencengkung di tepi dinding,saya datang dan menghampiri ibu,dia terkejut dengan kedatangan saya...lalu dengan pantas mengesat airmata yang bercucucuran di pipinya...
dengan suara yang perlahan,ibu menjawab
ibu tersenyum dan terus mengeluarkan baju kebayanya dari almari.
keluar sahaja ibu dari bilik...kami terus menyanyikan lagu happy birthday ....selepas itu anak buah saya menghampiri ibu dan memberi hadiah yang kami beli pagi tadi.
saya melihat kegembiraan di wajah ibu tidak terkira...selam ini saya tidak pernah melihat ibu menitiskan airmata kerana terharu dan gembira.....namun mungkin ini lah saat yang cukup bermakna untuk ibu dan semua insan yang bergelar ibu di dunia.
kalau lah angin itu pandai berkata kata ingin sekali saya memesan salam pada ibu....bahawa saya selalu sayang ibu dan tak pernah sekali melupakan dia.
saya mahu ibu selalu tahu...yang saya rindu ibu setiap hari
hanya tuhan saja yang tahu...........
lagu ini tuk ibu..........
Kaulah segalanya untukku
kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap hanya kau seorang.............
ibu...ibu
engkau lah ratu hati ku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu
ibu...ibu
engkaulah ratu hati ku
emma's
No comments:
Post a Comment